Perkhemahan Kursus dan Ujian Lencana Keris Gangsa Pengakap Kanak-Kanak 2019
Seramai 169 ahli Pengakap Kanak-Kanak dihimpunkan dalam Perkhemahan Kursus dan Ujian Lencana Keris Gangsa Pengakap Kanak-Kanak bermula dari 6 Julai dan berakhir 7 Julai 2019. Program ini merupakan kerjasama Pengakap Daerah Titiwangsa, Cheras dan Bandar Tun Razak.
Program tersebut yang berlangsung selama dua hari satu malam bagi Lencana Keris Gangsa dan tiga hari dua malam bagi Lencana Usaha mendapat kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri WP Kuala Lumpur bertempat di SMK Seri Bintang Selatan, Kuala Lumpur.
Majlis Penutupan Rasmi Perkhemahan Kursus dan Ujian Lencana Keris Gangsa Pengakap Kanak-Kanak ini disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri WP Kuala Lumpur, YBhg. Datuk Hj. Zakran bin Abdul Manan.
