Program Pengenalan Pengakap Lebah 2019
Pengenalan Pengakap Lebah (Bee Scouts) ini adalah salah satu aktiviti ko-kurikulum yang dikelolakan oleh Unit Pengakap Lebah Persekutuan Pengakap Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan kerjasama Persekutuan Pengakap Daerah Titiwangsa. Program ini telah berlangsung pada 5 Oktober 2019 bertempat di Sekolah Kebangsaan Taman Maluri, Kuala Lumpur.

Penyertaan murid seramai 128 adalah terdiri daripada peringkat Prasekolah dan Tahap 1 Sekolah Rendah setiap sekolah rendah dan prasekolah yang berada dalam negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL). Melalui penyertaan Pengakap Lebah (Bee Scouts) pada peringkat Prasekolah dan Tahap 1 Sekolah Rendah, merupakan satu peluang untuk melibatkan diri dalam kegiatan ko-kurikulum yang sihat lagi terpimpin malahan menjadi satu platform bagi memperkenalkan mereka kepada alam kepengakapan.
Seseorang murid itu perlu didedahkan dengan pengenalan awal kepada unit beruniform untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti pekhemahan seperti ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi alam kedewasaan kelak.
