Header Ads

  • Terkini

    Sejarah Pergerakan Pengakap Dunia

    Sejarah Pengakap Dunia bermula pada tahun 1907 bertempat di Pulau Brownsea, England. Pergerakan Pengakap ini tercetus apabila satu tercetusya idea perkhemahan yang melibatkan budak-budak lelaki di pulau berkenaan. 

    Perkhemahan ini telah diilhamkan oleh Robert Stephenson Smith Baden Powell yang merupakan seorang mantan Mejar Tentera British yang mempunyai banyak pengalaman di medan pertempuran.








    Sejarah Pengakap Dunia

    Secara tidak langsung, bermulalah sejarah pergerakan pengakap dunia. Dengan kejayaan menganjurkan perkhemahan untuk budak lelaki tersebut, beliau telah mencetuskan pelbagai idea dan pengalaman untuk budak-budak melalui penerbitan buku "Scouting For Boys" yang dikarang oleh beliau sendiri. 

    Pergerakan Pengakap telah tersebar luas melalui peneroka dan pedagang British. Tanpa diduga, pergerakan pengakap telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada negara-negara Eropah, Asia dan Amerika dalam masa beberapa tahun sahaja Pengakap ditubuhkan. 


    Jambori Pengakap Dunia Pertama

    Baden Powell telah mengelilingi dunia pada tahun 1912 untuk menemui beberapa pergerakan pengakap di seluruh dunia. Pada tahun 1920, Jambori Pengakap Dunia yang pertama telah diadakan di Olympia, London. Disinilah beliau telah dilantik sebagai Ketua Pengakap Dunia manakala kerajaan British menganugerahkan "Lord Baden Of Gillwell" kepada beliau. 

    Banyak pingat kebesaran negara pengakap telah beliau perolehi atas jasa dan sumbangan beliau mewujudkan pergerakan pengakap. Pada tanggal 8 Januari 1941, beliau telah meninggal dunia di Paxtu, Kenya sebelum sempat menyambut ulangtahun kelahiran ke-84.

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad