Mengapa Pergerakan Pengakap Perlu Berdaftar?
Setiap tahun, Pengakap Titiwangsa akan mengadakan mesyuarat pemimpin bersama ahli majlis dan basiran pesuruhjaya untuk membentangkan aktiviti yang telah dan akan dilaksanakan pada tahun semasa.
Agenda utama yang akan diketengahkan dalam mesyuarat selain aktiviti ialah pendaftaran ahli dan kumpulan. Data kumpulan dan ahli yang berdaftar akan dibentangkan dalam mesyuarat untuk memudahkan tindakan susulan daripada semua pihak.
Sebab Pergerakan Pengakap Perlu Berdaftar
- 🏕️ Layak memakai uniform Pengakap
- 🏕️ Layak menyertai aktiviti-aktiviti pengakap
PPM boleh mendakwa kumpulan atau individu yang tidak berdaftar. Pergerakan Pengakap yang tidak sah adalah tidak dibenarkan waima di peringkat sekolah ataupun di peringkat daerah dan sebagainya.

Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini seperti kemalangan atau malapetaka, PPM tidak akan bertanggungjawab terhadap ahli dan kumpulan yang tidak berdaftar. Tanggungjawab ini akan dipulangkan semula kepada kuasa penganjur.
