10 Amanat KPPN Perkasakan PPM
Majlis Pelantikan Pesuruhjaya Pengakap Peringkat Kebangsaan bagi Penggal Tauliah 2020-2021 telah dilaksanakan pada 4 Januari 2020. Majlis yang disempurnakan oleh YBhg. Mej. Jen. Prof. Dato' Dr. Haji Mohd Zin Bin Bidin (B), Pemangku Ketua Pengakap Negara Persekutuan Pengakap Malaysia ini diadakan di Dewan Templer, Rumah BP Jalan Hang Jebat.
Menerusi majlis ini, YBhg. Mej. Jen. Prof. Dato' Dr. Haji Mohd Zin Bin Bidin (B), Pemangku Ketua Pengakap Negara, P.P.M. telah menyampaikan watikah perlantikan dengan penuh penghormatan dan bermakna kepada semua penerima.
Ybhg. Major General Professor Dato' Dr. Haji Mohd Zin bin Bidin, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara (KPPN) juga telah menyampaikan 10 amanat untuk memperkasakan Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM).

- Memastikan Perancangan Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) selaras dengan World Organization of the Scout Movement (WOSM).
- Membangunkan Organisasi yang mampan.
- Memperkasakan pentadbiran Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM).
- Mengurus Sumber Dewasa Kepengakapan (Adult in Scouting (AIS).
- Memperkasa Program Muda Remaja.
- Menambah Jumlah Keahlian.
- Menjalinkan Kerjasama Strategik.
- Mengurus Aset dan Kewangan Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) Secara Efisien
- Memperkasa Jenama dan Profil
- Mempromosikan Kepelbagaian dan Kebersamaan (Diversity and Inclusion).
Sumber: JK Profil Kepengakapan Negara Persekutuan Pengakap Malaysia