Selamat Hari Guru Buat Semua Pendidik
Setiap tahun, Sambutan Hari Guru akan disambut pada 16 Mei. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru sempena penerimaan cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai Dasar Pelajaran bagi negara kita pada 16 Mei 1956.
Laporan Jawatankuasa Pelajaran ini diterima oleh Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council). Dokumen tersebut yang dikenali sebagai LAPORAN RAZAK (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan sejak hari itu.
Berguru demi ilmu, Bina generasi baharu. Selamat Hari Guru!
Di kesempatan ini, Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Titiwangsa ingin mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua pemimpin dan penolong pemimpin kumpulan yang telah banyak membantu membimbing ahli-ahli pengakap.
“Sesungguhnya Allah dan seluruh malaikat-Nya serta penghuni langit dan bumi, memohon kerahmatan ke atas orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi)
