Header Ads

  • Terkini

    Korban Ahli Pramuka Indonesia: Tragedi Susur Sungai Sempor


    Pengakap Titiwangsa turut berduka tentang tragedi yang meragut nyawa ahli Pramuka Indonesia (SMPN 1 Turi). Tragedi bermula apabila kepala air dari hulu sungai tiba-tiba menghanyutkan 247 ahli Pramuka yang sedang menjalani aktiviti di Susur Sungai Sempor, Jakarta.

    Aktiviti kembara menelusuri Sungai Sempor telah diadakan pada Jumaat, 21 Februari 2020. Suasana dengan cuaca yang pada mulanya baik, bertukar sebaliknya apabila arus deras kepala air menghanyurkan kesemua peserta.


    Seramai 10 orang ahli terkorban dalam tragedi ini, 23 cedera, manakala 216 ahli lagi disahkan selamat. Mohon doanya agar kejadian seumpama ini tidak menimpa mana-mana ahli pengakap di seluruh dunia. Salam Takziah buat semua keluarga korban.

    Senarai Korban Tragedi Susur Sungai Sempor

    1. Sovie Aulia (15 Tahun)
    2. Arisma Rahmawati (13 Tahun)
    3. Nur Azizah (15 Tahun)
    4. Lathifa Zulfaa (15 Tahun) 
    5. Khoirunnisa Nurcahyani Sukmaningdyah (14 Tahun)
    6. Evieta Putri Larasati (13 Tahun)
    7. Faneza Dida (13 Tahun) 
    8. Yasinta Bunga (13 Tahun)
    9. Zahra Imelda (12 Tahun)
    10. Nadine Fadilah (12 Tahun)
    Kredit gambar:

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad