Proses Menjalankan Ujian Lencana di Peringkat Kumpulan
Berikut merupakan panduan pengurusan Sijil Lencana Kemajuan & Lencana Kepandaian, Pengatahuan dan Perkhidmatan untuk semua unit Pengakap.
- Pemimpin mengendalikan kursus di peringkat kumpulan dan melaksanakan ujian.
- Setelah selesai kurus dan lulus ujian, pemimpin akan tandatangan buku log ahli.
- Pemimpin kemudiannya menghantar maklumat program yang dijalankan kepada Penolong Pesuruhjaya Daerah (Unit PKK/PM/PR).
- Lampirkan bersama Nama, nombor kad pengenalan, nama sekolah, nombor kad keahlian dan tarikh lulus lencana.
- Penolong Pesuruhjaya Daerah (Unit PKK/PM/PR) perlu mendapatkan nombor siri daripada ASC Unit dengan menghantar salinan data yang sama.
- ASC Unit akan memberikan Nombor Siri untuk di catatkan dalam sijil.
- Penolong Pesuruhjaya Daerah (Unit PKK/PM/PR) akan menyerahkan nombor siri dan format sijil kepada pemimpin.
- Penolong Pesuruhjaya Daerah (Unit PKK/PM/PR) akan menyimpan no. siri untuk rujukan daerah.
- Pemimpin akan mencetak sijil, kemudian menyerahkan sijil dan lencana kepada ahli Pengakap yang telah lulus.
