Kursus dan Ujian Lencana Kemajuan Keris Emas & Pra Penilaian Rambu PKK
Lencana Keris Emas adalah lencana tertinggi bagi Skim PKK. Lencana ini menunjukkan bahawa
seorang ahli pengakap itu telah mahir dalam aktiviti pengakap mengikut skim masing-masing.
Lencana ini penting bagi melayakkan ahli pengakap ke peringkat seterusnya, iaitu memperoleh
Rambu PKK.
Lencana ini sering dijalankan pada awal tahun bagi memberi ruang masa pada ahli
pengakap memperoleh Rambu PKK sebelum habis penggal pertama persekolahan. Oleh yang
demikian, ahli pengakap dapat menumpukan perhatian kepada akademik pula memandangkan
lencana ini diambil pada tahun 6 murid di sekolah rendah.
Dengan adanya lencana ini, ahli
pengakap dapat markah yang tinggi dalam bidang kokurikulum. Berikut merupakan syarat penyertaan:
- Menjadi ahli pengakap yang berdaftar dengan Persekutuan Pengakap Malaysia WP Kuala Lumpur bagi tahun 2019.
- Tahun 4, 5 dan 6 pada tahun 2020.
- Telah melengkapkan buku log & ujian lencana berikut;
- Lencana Keahlian & Lencana Wajib
- Lencana Kemajuan Keris Gangsa & Keris Perak
- lencana kegemaran, 2 lencana pengetahuan & 2 lencana perkhidmatan. - Sila gunakan Borang PPMDT/PKK/KE-1 untuk rekod lencana di atas.
- Mendapat kebenaran bertulis dari Kuasa Penganjur Kumpulan & Ibu Bapa / Penjaga. (serahkan borang semasa pendaftaran)
- Disahkan sihat untuk menjalani semua ujian fizikal yang ditetapkan. (serahkan borang semasa pendaftaran)
- Berkelakuan baik dan mematuhi peraturan dan undang-undang perkhemahan.
- Menunjukkan sikap kepimpinan yang boleh dicontohi.
- Beruniform lengkap dan mempunyai KESEMUA lencana di baju bagi perkara 2.3
- Guru Pemimpin WAJIB berada bersama-sama ahli kumpulan msing-masing sepanjang perkhemahan berlangsung.
- Melengkapkan SEMUA 8 tugasan di kumpulan.
- Bahan rujukan ---> http://bit.ly/ppmdtke20bup (buku log keris emas, surat menyurat, arahan tugasan di kumpulan, jadual kursus, borang kebenaran, borang perakuan kesihatan, Borang PPMDT/PKK/KE-1)
- PENDAFTARAN DIANGGAP SELESAI SETELAH PEMBAYARAN TELAH DIBUAT. RUJUK NO AKAUN DIBAWAH.

