Header Ads

  • Terkini

    Cara Dapatkan Lencana Keahlian PKK


    Sebelum dilantik menjadi ahli serta mendapat Lencana Keahlian, seseorang ahli pengakap itu akan diuji dalam perkara-perkara berikut bagi menentukan bahawa ia faham dan mengerti makna-makna setiap perkara tersebut.

    Syarat Lencana Wajib Ahli Renang

    1. Berdaftar pada tahun semasa.

    Item Ujian Lencana Keahlian Pengakap

    Untuk lulus Lencana Keahlian, seseorang itu perlu LULUS ujian-ujian berikut:-
    1. Lambang Pengakap Malaysia & Lambang Pengakap Sedunia. 
    2. Persetiaan Pengakap & Undang-Undang Pengakap. 
    3. Lima Prinsip Rukun Negara. 
    4. Hormat Pengakap & Cogankata Pengakap. 
    5. Sejarah Pergerakan Pengakap. 
    6. Cerita Hutan. 
    7. Laung Agung. 
    Lencana ini dianugerahkan kepada ahli pengakap untuk memperakui ia sebagai seorang Ahli dalam Persaudaraan Pengakap Malaysia dan Sedunia. Lencana Keahlian Pengakap yang berupa Lambang Pengakap diatas latar biru tua ini dipakai pada saku kiri kemeja.

    Peranan Pemimpin dalam Ujian Lencana

    Semua pemimpin kumpulan perlu memastikan kursus dan ujian dapat dijalankan mengikut Skim Pengakap Kanak-Kanak ini. Setelah selesai ujian dan terdapat calon yang layak dianugerahkan dengan lencana tersebut, pengurusan sijil perlu mengikut proses yang telah ditetapkan oleh Penolong Pesuruhjaya Negeri (PKK). 

    Penerangan lengkap tentang proses menguruskan ujian boleh rujuk pada pautan:
    Proses Menjalankan Ujian Lencana di Peringkat Kumpulan.

    Sumber dan Rujukan
    Buku Skim Pengakap Kanak-Kanak

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad