Header Ads

  • Terkini

    Cara Dapatkan Lencana Wajib - Ahli Renang


    Lencana Ahli Renang Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak untuk mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam berenang dengan mengetahui peaturan keselamatan di air. kemahiran keselamatan diri, menunjukkan pelbagai kaedah berenang seperti kuak lentang, kuak kupu-kupu, gaya bebas dan mengapar menimbulkan diri (mushroom float). 

    Syarat Lencana Wajib Ahli Renang

    1. Berdaftar pada tahun semasa.
    2. Telah mendapat lencana keahlian

    Item Ujian Lencana Wajib Ahli Renang

    1. Mengetahui peraturan keselamatan di air (teori) 
    2. Menunjuk cara memulakan berenang dan kemahiran keselamatan diri kepada Penilai / Pemeriksa cara turun di air, cara timbul tenggelam, cara tarik dan hembus nafas, menahan nafas (teori). ATAU 
    3. Cara junam, terjun kaki lurus / junam depan layang (teori). 
    4. Cara luncur, meniarap, tendang keribas, cara gaya rangkak tangan dilutut / tangan di atas kepala; Gerak tangan, tendang rejang, meniarap, rangkaian meniarap (teori). 
    5. Berenang dengan tidak berhenti-henti sejauh 20 meter dengan berpakaian seragam Pengakap Kanak-kanak yang lengkap (di dalam air aras pinggang). 6. Berenang mengapar menimbulkan diri (Mushroom Float). Berenang menyeberang dengan cara terlungkup. terientang. dengan berbagai cara / gaya biasa. Bila sampai separuh jalan ke jalan yang dituju berbalik semula menghabiskan renangnya dengan gaya yang sama. 7. Mengetahui cara mengendalikan jeket keselamatan di air. 

    Peranan Pemimpin dalam Ujian Lencana

    Semua pemimpin kumpulan perlu memastikan kursus dan ujian dapat dijalankan mengikut Skim Pengakap Kanak-Kanak ini. Setelah selesai ujian dan terdapat calon yang layak dianugerahkan dengan lencana tersebut, pengurusan sijil perlu mengikut proses yang telah ditetapkan oleh Penolong Pesuruhjaya Negeri (PKK). 

    Penerangan lengkap tentang proses menguruskan ujian boleh rujuk pada pautan:
    Proses Menjalankan Ujian Lencana di Peringkat Kumpulan.

    Sumber dan Rujukan
    Buku Skim Pengakap Kanak-Kanak

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad