Cara Dapatkan Lencana Penghibur
Lencana Penghibur merupakan salah satu Lencana Kepandaian Kategori Kegemaran. Ahli Pengakap Kanak-Kanak dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mana-mana DUA (2) Lencana Kepandaian dalam Kategori Kegemaran mengikut minat dan kesukaan dalam aktivit-aktiviti lencana tersebut. Berikut merupakan lencana dalam kategori yang sama.
- Ahli Koleksi Hobi
- Ahli Kraf Tangan
- Peladang Kecil
- Pelukis
- Pembaca Buku
- Penghibur
Pengenalan Lencana Penghibur
Lencana Penghibur ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam berhibur dengan menyanyi, bermain alat muzik, menari dan menjadi Juruacara Persembahan.
Syarat Latihan dan Ujian Lencana Penghibur
Ahli-ahli yang ingin menjalani latihan dan ujian Lencana Ahli Koleksi Hobi, WAJIB memenuhi syarat berikut:
- Telah mendaftar keahlian pada tahun semasa.
- Telah lulus ujian Lencana Keahlian (1), Lencana Wajib (1) dan Lencana Kemajuan Keris Gangsa.
Item Ujian Lencana Penghibur
Pilih LIMA (5) sahaja.
- Memilih dan memainkan tiga lagu dengan alat muzik berikut :-
- a) Lagu kanak-kanak. jenaka. asli dan patriotik.
- b) Lagu Tradisi Masyarakat : Lagu setempat seperti "Rasa Sayang" atau lagu asing seperti "Red River Valley dan sebagainya.
- c) Lagu Tarian Asli.
- d) Lagu Pengakap.
- Boleh menyanyi dua buah lagu : Satu patriotik dan lagi satu lagu.
- Mengajar dua buah lagu atau SATU tarian kepada sekawan Pengakap Kanak-kanak.
- Mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu tarian tradisional atau taridra.
- Mengetahui menggunakan alat perakam.
- Boleh bertindak sebagai Juruacara persembahan atau pertunjukan.
- Boleh memainkan sekurang-kurang dua jenis alat muzik Genderang seperti kerincing, kastenet, simbal, kayu tok-tok, tamborin, dram samping, dram tenor, melodian, loceng rekoder dan serunai.
Peranan Pemimpin dalam Ujian Lencana Pengakap Kanak-Kanak
Semua pemimpin kumpulan perlu memastikan kursus dan ujian dapat dijalankan mengikut Skim Pengakap Kanak-Kanak ini. Setelah selesai ujian dan terdapat calon yang layak dianugerahkan dengan lencana tersebut, pengurusan sijil perlu mengikut proses yang telah ditetapkan oleh Penolong Pesuruhjaya Negeri (PKK).
Penerangan lengkap tentang proses menguruskan ujian boleh rujuk pada pautan:
Proses Menjalankan Ujian Lencana di Peringkat Kumpulan.
Sumber dan Rujukan
Buku Skim Pengakap Kanak-Kanak
Sumber dan Rujukan
Buku Skim Pengakap Kanak-Kanak
