Header Ads

  • Terkini

    Cara Dapatkan Lencana Pembaca Buku


    Lencana Pembaca Buku merupakan salah satu Lencana Kepandaian Kategori Kegemaran. Ahli Pengakap Kanak-Kanak dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mana-mana DUA (2) Lencana Kepandaian dalam Kategori Kegemaran mengikut minat dan kesukaan dalam aktivit-aktiviti lencana tersebut. Berikut merupakan lencana dalam kategori yang sama.
    1. Ahli Koleksi Hobi 
    2. Ahli Kraf Tangan 
    3. Peladang Kecil 
    4. Pelukis
    5. Pembaca Buku 
    6. Penghibur

    Pengenalan Lencana Ahli Pembaca Buku

    Lencana Pembaca Buku ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan mereka dalam membaca dengan cekap pelbagai jenis buku seperti buku sastera kanak-kanak, kamus, ensiklopedia dan menjadi Ahli Perpustakaan Sekolah atau Tempatan.

    Syarat Latihan dan Ujian Lencana Pembaca Buku

    Ahli-ahli yang ingin menjalani latihan dan ujian Lencana Ahli Koleksi Hobi, WAJIB memenuhi syarat berikut:
    1. Telah mendaftar keahlian pada tahun semasa.
    2. Telah lulus ujian Lencana Keahlian (1), Lencana Wajib (1) dan Lencana Kemajuan Keris Gangsa.

    Item Ujian Lencana Pembaca Buku

    Pilih EMPAT (4) sahaja.
    1. Menyediakan daftar sekurang-kurang 8 buah buku yang telah dibaca serta faham melalui bahan sastera berikut :
    • Prosa tradisional seperti hikayat hasil sastera dan sejarah. 
    • Prosa moden seperti petikan daripada buku-buku pengetahuan sains, sejarah, geografi, ekonomi dan sebagainya. Novel, cerpen, drama, pengumuman, pengisytiharan. akhbar, majalah, iklan dan rencana. 
    • Puisi tradisional seperti pantun, seloka, gurindam, syair, dan bahasa berirama (klasik). 
    • Puisi moden seperti sajak dan bahasa berirama moden. 
    • Prosa dan Puisi Bahasa Malaysia / Inggeris / Bahasa Ibunda. 
    2. Boleh membaca dengan cekap dengan menepati tanda-tanda bacaan. Melafazkan perkataan dengan menggunakan intonasi sewajarnya dan membuat bacaan, difahami serta berkesan.
    3. Membuat kritikan atas isi petikan bacaan mengikut kemampuan umur dan boleh membuat telahan.


    Peranan Pemimpin dalam Ujian Lencana Pengakap Kanak-Kanak

    Semua pemimpin kumpulan perlu memastikan kursus dan ujian dapat dijalankan mengikut Skim Pengakap Kanak-Kanak ini. Setelah selesai ujian dan terdapat calon yang layak dianugerahkan dengan lencana tersebut, pengurusan sijil perlu mengikut proses yang telah ditetapkan oleh Penolong Pesuruhjaya Negeri (PKK). 

    Penerangan lengkap tentang proses menguruskan ujian boleh rujuk pada pautan:
    Proses Menjalankan Ujian Lencana di Peringkat Kumpulan.

    Sumber dan Rujukan
    Buku Skim Pengakap Kanak-Kanak

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad