Header Ads

  • Terkini

    Cara Dapatkan Lencana Peladang Kecil


    Lencana Peladang Kecil merupakan salah satu Lencana Kepandaian Kategori Kegemaran. Ahli Pengakap Kanak-Kanak dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mana-mana DUA (2) Lencana Kepandaian dalam Kategori Kegemaran mengikut minat dan kesukaan dalam aktivit-aktiviti lencana tersebut. Berikut merupakan lencana dalam kategori yang sama.
    1. Ahli Koleksi Hobi 
    2. Ahli Kraf Tangan 
    3. Peladang Kecil 
    4. Pelukis
    5. Pembaca Buku 
    6. Penghibur

    Pengenalan Lencana Peladang Kecil

    Lencana Peladang Kecil ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam menjaga tanaman, memelihara haiwan ternakan, berkebun dengan kaedah-kaedah yang betul.

    Syarat Latihan dan Ujian Lencana Peladang Kecil

    Ahli-ahli yang ingin menjalani latihan dan ujian Lencana Ahli Koleksi Hobi, WAJIB memenuhi syarat berikut:
    1. Telah mendaftar keahlian pada tahun semasa.
    2. Telah lulus ujian Lencana Keahlian (1), Lencana Wajib (1) dan Lencana Kemajuan Keris Gangsa.

    Item Ujian Lencana Peladang Kecil

    Pilih LIMA (5) sahaja daripada perkara-perkara berikut: 
    • Menunjuk cara menyediakan tapak semaian dan memindahkan semaian ke batas yang telah disediakan. 
    • Menyediakan batas yang berukuran 8 x 3 x 1 kaki untuk ditanam sayur-sayuran dari tapak semaian. Ambil kira cara membaja semasa penyediaan batas.  
    • Menunjukcara menjaga tanaman dari jenis sayuran / keratan / raizom yang telah ditanam di atas batas dan ambil kira cara membaja semasa pokok sedang ditanam. 
    • Mengetahui dan menunjukkan (kepada Penilai) bagaimana membuat junjung untuk tanaman sayur jenis pokok yang memanjat seperti pokok timun, kacang panjang dan lain-lain. 
    • Tunjukkan (Kepada Pemimpin / Penilai) yang Pengakap Kanak-kanak ada menanam /menjaga pokok pisang, betik atau pokok buah-buahan yang bermusim sama ada yang ditanam sendiri atau oleh ibu / bapa 1 ahli keluarga sendiri. 
    • Menunjukkan (kepada Penilai / Pemeriksa) yang Pengakap Kanak-kanak ada menanam pokok-pokok tanaman yang berubi di datarn tanah seperti ubi keledek, kacang tanah dan sebagainya dengan subur. 
    • Pilih salah satu:
      • Memelihara / membela dengan jayanya sekurang-kurangnya 10 ekor anak ayam sebagai ternakan asas. ATAU  
      • Memelihara sekurang-kurangnya 10 ekor ikan air tawar di kolam sama ada di sekolah atau di rumah dengan usahasama rakan sebaya dari kumpulan enam sekawan atau bersendirian. 
    • Menunjukkan bahawa Pengakap Kanak-kanak telah membantu dan membela haiwan ternakan. 
    • Tunjukkan Buku Log mengenai catatan ceramah yang Pengakap Kanak-kanak terima dari Pegawai Pertanian atau Guru Sains Pertanian yang programnya telah diatur oleh Pemimpin sendiri. 
      • Musuh tanaman dan pembajaan yang sesuai; 
      • Kesuburan tanah; 
      • Cara menanam sayuran sebelum ditanam dan cara mengalih anak semaian ke batas. 
      • Saiz petak / batas mengikut peraturan yang tertentu. 
      • Cara pemeliharaan sayur-sayuran dari mula bercambah hingga mendatangkan daun atau buah. 
    • Menunjukkan Buku Log mengenai ceramah yang diterima daripada Pegawai Haiwan atau Guru Sains Pertanian mengenai program yang telah diatur oleh Pemimpin sendiri:- 
      • Pemeliharaan / Pembelaan baka ternakan yang hendak dipelihara. 
      • Pemeliharaan binatang belaan semasa kecil (anak-anak) seperti pemberian makanan dan pencegahan penyakit. 


    Peranan Pemimpin dalam Ujian Lencana Pengakap Kanak-Kanak

    Semua pemimpin kumpulan perlu memastikan kursus dan ujian dapat dijalankan mengikut Skim Pengakap Kanak-Kanak ini. Setelah selesai ujian dan terdapat calon yang layak dianugerahkan dengan lencana tersebut, pengurusan sijil perlu mengikut proses yang telah ditetapkan oleh Penolong Pesuruhjaya Negeri (PKK). 

    Penerangan lengkap tentang proses menguruskan ujian boleh rujuk pada pautan:
    Proses Menjalankan Ujian Lencana di Peringkat Kumpulan.

    Sumber dan Rujukan
    Buku Skim Pengakap Kanak-Kanak


    Post Top Ad

    Post Bottom Ad