Header Ads

  • Terkini

    Cara Dapatkan Lencana Ahli Koleksi Hobi


    Lencana Ahli Koleksi Hobi merupakan salah satu Lencana Kepandaian Kategori Kegemaran. Ahli Pengakap Kanak-Kanak dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mana-mana DUA (2) Lencana Kepandaian dalam Kategori Kegemaran mengikut minat dan kesukaan dalam aktivit-aktiviti lencana tersebut. Berikut merupakan lencana dalam kategori yang sama.
    1. Ahli Koleksi Hobi 
    2. Ahli Kraf Tangan 
    3. Peladang Kecil 
    4. Pelukis
    5. Pembaca Buku 
    6. Penghibur

    Syarat Latihan dan Ujian Lencana Ahli Koleksi Hobi

    Ahli-ahli yang ingin menjalani latihan dan ujian Lencana Ahli Koleksi Hobi, WAJIB memenuhi syarat berikut:
    1. Telah mendaftar keahlian pada tahun semasa.
    2. Telah lulus ujian Lencana Keahlian (1), Lencana Wajib (1) dan Lencana Kemajuan Keris Gangsa.

    Pengenalan Lencana Ahli Koleksi Hobi

    Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam mengisi masa lapangnya seperti mengumpul pelbagai setem, matawang asing, sampul surat hari pertama, rantai kunci, lencana-lencana Pengakap dan sebagainya. 

    Koleksi ini pula perlu disimpan dengan kemas dan tersusun serta mengetahui sedikit sebanyak mengenai koleksinya. Koleksi hobinya itu hendaklah pilihan Pengakap Kanak-kanak sendiri (bukan dicadangkan oleh Pemimpinnya).


    Item Ujian Lencana Ahli Koleksi Hobi

    Ahli perlu memilih SATU hobi seperti contoh di bawah: 
    1. Lima belas (15) jenis setem Malaysia yang berbeza. 
    2. Menghasilkan buku skrap berbagai tumbuhan / bunga / haiwan / binatang / sejarah / sukan / bangunan / buah-buahan dan lain-lain (pilih satu). 
    3. Berbagai bentuk pensil dan logonya (sekurang-kurangnya 15 jenis). 
    4. Berbagai contoh batu batan (sekurang-kurangnya 15 jenis). 
    5. Berbagai bentuk botol dan penutup botol (sekurang-kurangnya 15 jenis). 
    6. Rupa mata wang asing sama ada kertas / syiling (sekurang-kurangnya 15 jenis). 
    7. Rantai kunci (key chain) berbagai jenis (sekurang-kurangnya 15 jenis). 
    8. Lencana-lencana Pengakap seperti lencana Perhimpunan, Korobori, Jambori dan koleksi lencana Pengakap antarabangsa dan lain-lain. (Sekurang-kurangnya 10 jenis). 
    9. Menyediakan sebuah buku (buku hobi) menyatakan perkembangan koleksi hobinya. 
    10. Lain-lain hobi yang sesuai. 

    Peranan Pemimpin dalam Ujian Lencana Pengakap Kanak-Kanak

    Semua pemimpin kumpulan perlu memastikan kursus dan ujian dapat dijalankan mengikut Skim Pengakap Kanak-Kanak ini. Setelah selesai ujian dan terdapat calon yang layak dianugerahkan dengan lencana tersebut, pengurusan sijil perlu mengikut proses yang telah ditetapkan oleh Penolong Pesuruhjaya Negeri (PKK). 

    Penerangan lengkap tentang proses menguruskan ujian boleh rujuk pada pautan:
    Proses Menjalankan Ujian Lencana di Peringkat Kumpulan.

    Sumber dan Rujukan
    Buku Skim Pengakap Kanak-Kanak

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad