Cara Dapatkan Lencana Ahli Kraf Tangan
Lencana Ahli Kraf Tangan merupakan salah satu Lencana Kepandaian Kategori Kegemaran. Ahli Pengakap Kanak-Kanak dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mana-mana DUA (2) Lencana Kepandaian dalam Kategori Kegemaran mengikut minat dan kesukaan dalam aktivit-aktiviti lencana tersebut. Berikut merupakan lencana dalam kategori yang sama.
- Ahli Koleksi Hobi
- Ahli Kraf Tangan
- Peladang Kecil
- Pelukis
- Pembaca Buku
- Penghibur
Pengenalan Lencana Ahli Ahli Kraf Tangan
Ahli Kraftangan Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan kegemaran dalam membuat dan mereka bahan-bahan kraf seperti tikar anyaman. wogel, penanda buku. alat permainan, layang-layang dan sebagainya.
Syarat Latihan dan Ujian Lencana Ahli Kraf Tangan
Ahli-ahli yang ingin menjalani latihan dan ujian Lencana Ahli Koleksi Hobi, WAJIB memenuhi syarat berikut:
- Telah mendaftar keahlian pada tahun semasa.
- Telah lulus ujian Lencana Keahlian (1), Lencana Wajib (1) dan Lencana Kemajuan Keris Gangsa.
Item Ujian Lencana Ahli Kraf Tangan
1. Mengetahui asas kraf tradisional
Anyaman kelarai mata bilis, kelarai siku keluang, (pelajaran anyaman ini boleh diubah sesuaikan mengikut keadaan dengan alam persekitaran kanak-kanak sendiri). Tahu bagaimana membuat simpai (woggle) dari bahan yang ditentukan : Kulit, buluh, kain sulaman, tali nailon (nylon string), plastik dan lain-lain. Satu hendaklah dibuat untuk kegunaan sendiri dan satu lagi untuk dihadiahkan kepada teman sebaya atau kepada adik yang baru.
ATAU
2. Mengetahui dan membuat Penanda Buku
Menggunakan bahan selain dari bahan logam (tin), membuatnya dari bahan kulit. kawat. plastik dan daun. Penanda Buku ini hendaklah direka berbagai bentuk yang menarik dengan hiasan warna, mungkin ditulis dengan kata-kata hikmat. Membuat satu untuk kegunaan sendiri dan satu lagi untuk dihadiahkan kepada rakan sebaya atau kepada seseorang yang dikasihi.
ATAU
3. Membuat rekaan dari kertas
- Rekaan untuk kegunaan sehari-hari seperti sampul surat / beg / buku dan lain-lain.
- Rekaan binaan seperti topeng sarung kepala, keluarga "Mowgli".
- Rekaan alat permainan seperti buat kapal dari kertas / burung ajaib (fantasi) dan lain-lain.
Peranan Pemimpin dalam Ujian Lencana Pengakap Kanak-Kanak
Semua pemimpin kumpulan perlu memastikan kursus dan ujian dapat dijalankan mengikut Skim Pengakap Kanak-Kanak ini. Setelah selesai ujian dan terdapat calon yang layak dianugerahkan dengan lencana tersebut, pengurusan sijil perlu mengikut proses yang telah ditetapkan oleh Penolong Pesuruhjaya Negeri (PKK).
Penerangan lengkap tentang proses menguruskan ujian boleh rujuk pada pautan:
Proses Menjalankan Ujian Lencana di Peringkat Kumpulan.
Sumber dan Rujukan
Buku Skim Pengakap Kanak-Kanak
Sumber dan Rujukan
Buku Skim Pengakap Kanak-Kanak
