Cara Dapatkan Lencana Pelukis
Lencana Pelukis merupakan salah satu Lencana Kepandaian Kategori Kegemaran. Ahli Pengakap Kanak-Kanak dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mana-mana DUA (2) Lencana Kepandaian dalam Kategori Kegemaran mengikut minat dan kesukaan dalam aktivit-aktiviti lencana tersebut. Berikut merupakan lencana dalam kategori yang sama.
- Ahli Koleksi Hobi
- Ahli Kraf Tangan
- Peladang Kecil
- Pelukis
- Pembaca Buku
- Penghibur
Pengenalan Lencana Pelukis
Lencana Pelukis ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam mengisi masa lapangnya dengan melukis, kaedah mewama yang betul, membina arca dan mempunyai koleksi lukisan yang menarik.
Syarat Latihan dan Ujian Lencana Pelukis
Ahli-ahli yang ingin menjalani latihan dan ujian Lencana Ahli Koleksi Hobi, WAJIB memenuhi syarat berikut:
- Telah mendaftar keahlian pada tahun semasa.
- Telah lulus ujian Lencana Keahlian (1), Lencana Wajib (1) dan Lencana Kemajuan Keris Gangsa.
Item Ujian Lencana Kepandaian Kategori Kegemaran Pelukis
Pilih EMPAT (4) sahaja.
- Melukis di hadapan Pemeriksa / Penilai dengan apa jua bahan lukisan satu gambaran Marga dari Cerita Rimba "The Jungle Book" karangan Rudyard Kipling yang menjadi bahan penting dalam rancangan latihan Pengakap Kanak-kanak.WatakMargaPerwatakanAkelaBagheeraBalooAdek KelabuMowgliMysaShere Khan BanderlogBuldeoJakalaSahiHathiKaaTabaquiMessuaWhite hoodSerigala TunggalHarimau KumbangBeruangAnak SerigalaBudak LelakiSeladangHarimau BelangMonyetPemburu BuayaLandakGajahUlar SawaRubahWanitaUlar sendukPemimpin bijaksanaJurulatih mahirGuru Undang-UndangKeluarga AngkatKawan MargaPendengar baikPembuliPembohongSamsengPura-puraPenulisTokoh HormatPemanjatPengampuIbuAngkat Penjaga
- Melukis pelangi dengan warnanya serta menamakan tiap-tiap warna itu dan satu rajah menunjukkan pusingan warna (Colour Wheel).
- Mengetahui warna yang dikatakan 'primary colours', dan Isecondary colours' serta menunjukkan cara pengandunan warna cecair (Water Colour) yang menjadikan warna hijau, biru, oren, biji kundang, biru tua, hijau tua dll.
- Melukis di hadapan Pemeriksa / Penilai dengan apa jua bahan satu gambaran dari satu peristiwa yang telah berlaku atau satu watak dalam sebuah cerita pendek yang diceritakan oleh Pemeriksa / Penilai. Lukisan itu dibuat di atas sekeping kertas berukuran 25 cm x 30 cm.
- Membuat Kad Ucap Selamat ciptaan Pengakap Kanak-kanak sendiri yang menggambarkan satu daripada lima perayaan: Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina. Deepavali, Hari Krismas dan Hari Wesak.
- Pilih SATU Kegiatan di bawah ini:-
- Membuat sebarang rekaan corak dari bahan terbuang sama ada cetakan, mozek, ubin tanah liat, mural, hiasan dinding. kotaj. yang motifnya berdasarkan tulisan huruf dan angka, corak tradisi, corak bebas, geometri dan rekaan manusia.
- Membentuk dan membuat binaan (dari bahan terbuang) seperti bentuk tiga dimensi, arca, asemblaj, topeng dan anyarnan asas yang motifnya berdasarkan alat permainan. bentuk lembaga. bangunan. bentuk berdasarkan cerita dongeng, sejarah. fantasi dan harsian.
- Memperkenalkan kraf trarfesional dari bahan yang Pengakap Kanak-kanak sediakan sendiri seperli lukesan, ukiran, garisan dan tekanan yang motifnya berdasarkan yang terdapat dalam seni anyaman dan seni tembikar.
- Menunjukkan kepada Pemeriksa / Penilai. Buku Lukisan itu mesti mengandungi sekurang-sekurangnya 20 tajuk lukisan dari berbagai jenis.
Peranan Pemimpin dalam Ujian Lencana Pengakap Kanak-Kanak
Semua pemimpin kumpulan perlu memastikan kursus dan ujian dapat dijalankan mengikut Skim Pengakap Kanak-Kanak ini. Setelah selesai ujian dan terdapat calon yang layak dianugerahkan dengan lencana tersebut, pengurusan sijil perlu mengikut proses yang telah ditetapkan oleh Penolong Pesuruhjaya Negeri (PKK).
Penerangan lengkap tentang proses menguruskan ujian boleh rujuk pada pautan:
Proses Menjalankan Ujian Lencana di Peringkat Kumpulan.
Sumber dan Rujukan
Buku Skim Pengakap Kanak-Kanak
Sumber dan Rujukan
Buku Skim Pengakap Kanak-Kanak
