Cara Dapatkan Lencana Wajib - Penunggang Basikal
Lencana Wajib Penunggang Basikal ini akan dianugerahkan kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak untuk memperakui pengetahuan dan kesungguhan dalam berbasikal dengan mengetahui undang-undang jalanraya, menjaga dan membaiki kerosakan kecil basikal dan mengamalkan peraturan berbasikal yang betul.
Ujian Lencana Wajib Penunggang Basikal
Berikut merupakan item yang akan diuji oleh pemimpin:
- Menyatakan 4 undang-undang jalanraya semasa berbasikal.
- Mengetahui dan menyatakan kepada Penilai 10 peraturan basikal.
- Menunjuk cara memberi isyarat tangan semasa berbasikal.
- Menyebutkan 10 perkara yang menyebabkan kemalangan semasa berbasikal.
- Menjaga basikal seperti membaiki kerosakan kecil dan menjaga kebersihannya.
- Menunggang basikal dengan diperhatikan oleh Penilai / Pemeriksa mengikut jalan yang ditetapkan dan cukup faham mengenai peraturan jalanraya bagi penunggang basikal dan mengetahui undang-undang jalanraya yang ditetapkan bagi penunggang basikal termasuk penggunaan jalan simpang, bulatan dan lintasan pejalan kaki semasa menunggang.
Peranan Pemimpin dalam Ujian Lencana
Semua pemimpin kumpulan perlu memastikan kursus dan ujian dapat dijalankan mengikut Skim Pengakap Kanak-Kanak ini. Setelah selesai ujian dan terdapat calon yang layak dianugerahkan dengan lencana tersebut, pengurusan sijil perlu mengikut proses yang telah ditetapkan oleh Penolong Pesuruhjaya Negeri (PKK).
Penerangan lengkap tentang proses menguruskan ujian boleh rujuk pada pautan:
Proses Menjalankan Ujian Lencana di Peringkat Kumpulan.
Sumber dan Rujukan
Buku Skim Pengakap Kanak-Kanak
Sumber dan Rujukan
Buku Skim Pengakap Kanak-Kanak
