Header Ads

  • Terkini

    Aktiviti Lencana Pengakap Kanak-Kanak #COVID-19



    Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Titiwangsa mengambil inisiatif mengadakan pengujian lencana secara dalam talian kerana kekangan pergerakan akibat daripada penularan wabak COVID-19. 

    Seperti yang telah sedia maklum, Perintah Kawalan Pergerakan telah dilaksanakan dan sebarang bentuk aktiviti perhimpunan adalah tidak dibenarkan. Sehubungan itu, pihak PPMDT ingin mengajak semua ahli untuk melaksanakan aktiviti lencana di rumah dengan bimbingan pemimpin dan ibu bapa.

    Program Lencana di Rumah

    Bagi meneruskan aktiviti kepengakapan di rumah, pihak PPMDT telah merangka tapak pelaporan dan pengujian dalam talian bagi membolehkan ahli-ahli tetap menjalankan aktivti lencana masing-masing di rumah dengan berpandu.

    Sila lihat video panduan untuk menjalankan ujian --> https://youtu.be/a60oazciW3k

    Ahli pengakap yang layak dari setiap kumpulan akan melalui pengujian sebelum layak diberikan sijil untuk lencana tersebut. Tatacara pengujian bagi lencana adalah berbeza mengikut keperluan skim. Berikut merupakan pautan bagi setiap lencana yang dianjurkan setakat ini:

    DITUTUP BUAT SEMENTARA WAKTU UNTUK MIGRASI KE SISTEM BARU

    Syarat Pelaksanaan Aktiviti Lencana

    Minta bimbingan Pemimpin sekiranya terdapat sebarang kekeliruan. Sila lakukan tugasan dengan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. 

    Kegagalan mematuhi syarat yang ditetapkan akan menyebabkan sijil yang diperolehi akan dibatalkan serta-merta dan akan dimaklumkan kepada pemimpin untuk tindakan. 

    Perubahan Pelaksanaan Aktiviti Lencana

    Sebarang perubahan mungkin berlaku dari masa ke masa mengikut keadaan semasa. Sila ikuti Facebook Pengakap Titiwangsa untuk info terkini. 

    *kepada pemimpin yang berada di luar daerah Titiwangsa, jika berminat untuk menyertai, boleh Whatsapp Pesuruhjaya Daerah, Cikgu Fadzil https://wa.link/o3a5c6

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad