Header Ads

  • Terkini

    Aktiviti Lencana Pengakap Muda #COVID-19


    Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Titiwangsa mengambil inisiatif mengadakan pengujian lencana secara atas talian kerana kekangan pergerakan akibat daripada penularan wabak COVID-19.

    Program Lencana di Rumah

    Bagi meneruskan aktiviti kepengakapan di rumah, pihak PPMDT telah merangka tapak pelaporan dan pengujian di atas talian bagi membolehkan ahli-ahli pengakap muda menjalankan aktiviti lencana masing-masing di rumah dengan berpandu.

    Terbuka kepada semua ahli pengakap muda PPMDT setelah mendapat kebenaran pemimpin dan ibu bapa. Tatacara pengujian bagi lencana adalah berbeza mengikut keperluan skim. Baca tatacara pengujian terlebih dahulu.

    --> Tatacara pengujian

    Setelah faham kaedah pengujian, sila sediakan buku log mengikut lencana-lencana yang akan diuji;

    Tingkatan 1:

    1. Lencana Keahlian (wajib untuk ahli baru)
    2. Lencana Ahli Koleksi Hobi
    3. Lencana Pelukis
    4. Lencana Ahli Pertahanan Diri
    Pilih 2 lencana sahaja dari perkara 2,3 dan 4.

    Tingkatan 2:
    1. Lencana Ahli Berkhemah (wajib)
    2. Lencana Ahli Komputer
    3. Lencana Tukang Masak
    4. Lencana Ahli Pertolongan Cemas (wajib)
    5. Lencana Jurubahasa
    6. Lencana Setiausaha
    Setelah selesai penulisan buku log, anda teruskan untuk mendapatkan sijil dengan menyelesaikan tugasan-tugasan yang telah ditetapkan di website TAB "Tugasan".

    Sebarang pertanyaan sila hubungi En Abdul Halim (017-243 9442) / En Muhd Fadzil (012-3767367).


    Post Top Ad

    Post Bottom Ad